Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENGECUALIAN) 2019

Seksyen 2

(1)

Anggota Kumpulan Kelab Perlindungan dan Indemniti Antarabangsa

(IGP&I) dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 8(1) Akta semata-mata bagi maksud menjalankan perniagaan insurans berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi kapal yang memiliki berat 5,000 tanan kasar atau kurang, termasuk kapal

Malaysia, bagi tempoh tiga tahun.

(2)

Penanggung insurans yang dinyatakan dalam Jadual dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 8(1) Akta semata-mata bagi maksud menjalankan perniagaan insurans berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi kapal Malaysia yang memiliki berat 300 tanan kasar atau kurang bagi tempoh satu tahun.

(3)

Bagi maksud subperenggan (1) dan (2)—

(a)

“insurans perlindungan dan indemniti” ertinya insurans perlindungan dan indemniti yang ditawarkan oleh anggota

Kumpulan Kelab Perlindungan dan Indemniti Antarabangsa

(IGP&I) atau penanggung insurans yang dinyatakan dalam Jadual, mengikut mana-mana yang berkenaan, secara usaha sama dengan

Perlindungan dan Indemniti Malaysia Sdn. Bhd.; dan

P.U. (A) 224 3

(b)

“kapal Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 11(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

[Ord. 70/1952].