Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENGECUALIAN) 2020

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan—

(a)

Hydor AS, suatu agensi insurans yang didaftarkan di Norway daripada pemakaian perenggan 8(1)(a) Akta bagi maksud menjalankan perniagaan insurans berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi suatu kapal dengan 5,000 berat tan kasar atau kurang bagi tempoh dua tahun; dan

(b)

Archipelago Insurance Limited (No. Lesen IS2013136), suatu pemegang lesen insurans di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] daripada pemakaian perenggan 8(1)(a) Akta bagi maksud menjalankan perniagaan insurans berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi suatu kapal Malaysia dengan 300 berat tan kasar atau kurang bagi tempoh satu tahun.

P.U. (A) 219 3

(2)

Dalam perenggan ini—

(a)

“insurans perlindungan dan indemniti”

ertinya insurans perlindungan dan indemniti yang ditawarkan oleh Hydor AS atau

Archipelago Insurance Limited, mengikut mana-mana yang berkenaan, secara usaha sama dengan Perlindungan dan Indemniti

Malaysia Sdn. Bhd.; dan

(b)

“kapal Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 11(1)

Ordinan

Perkapalan

Saudagar 1952

[Ord. 70/1952].

Dibuat 23 Julai 2020

[MOF.SID(S)700-1/2/20(SK.1)(7); PN(PU2)718/V]

TENGKU DATO' SRI ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

P.U. (A) 219 4

FINANCIAL SERVICES ACT 2013

FINANCIAL SERVICES (EXEMPTION) ORDER 2020

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENGECUALIAN) 2020