Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2017
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“broker insurans MAT yang diluluskan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan (Broker
Insurans
Marin,
Penerbangan dan
Transit yang
Diluluskan)
2017
[P.U. (A) 112/2017];
“insurans MAT” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan (Penanggung Insurans Marin,
Penerbangan dan Transit yang Diluluskan) 2017 [P.U. (A) 111/2017];
“penanggung insurans MAT yang diluluskan” mempunyai pengertian yang sama yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Kewangan
(Penanggung Insurans Marin, Penerbangan dan Transit yang Diluluskan) 2017
[P.U. (A) 111/2017].
3
Pengecualian daripada perenggan 8(1)(a) Akta 3.
Penanggung insurans MAT yang diluluskan dikecualikan daripada pemakaian perenggan 8(1)(a) Akta.
Pengecualian daripada perenggan 8(1)(b) Akta 4.
Broker insurans MAT yang diluluskan dikecualikan daripada pemakaian perenggan 8(1)(b) Akta.
Pengecualian daripada subseksyen 127(1) Akta 5.
Mana-mana orang yang membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa kontrak berkenaan dengan insurans MAT dengan penanggung insurans yang diluluskan dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 127(1) Akta.
Pembatalan 6.
Perintah Insurans (Pengecualian) (No. 2) 2012 [P.U (A) 170/2012] dibatalkan.
Dibuat 4 April 2017
[KK/SID(S)/9/437/1/2012(SK.2); PN(PU2)718/V]
DATUK SERI JOHARI ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
4
FINANCIAL SERVICES ACT 2013
FINANCIAL SERVICES (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2017