Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2021

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan—

(a)

Hydor AS, suatu agensi insurans yang didaftarkan di Norway, daripada pemakaian perenggan 8(1)(a) Akta bagi maksud menjalankan perniagaan insurans berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi suatu kapal dengan 30,000 berat tan kasar atau kurang bagi tempoh dua tahun; dan

(b)

anggota

Kumpulan

Kelab

Perlindungan dan

Indemniti

Antarabangsa (IGP&I) daripada pemakaian perenggan 8(1)(a) Akta bagi maksud menjalankan perniagaan insurans berkenaan dengan insurans perlindungan dan indemniti bagi suatu kapal dengan 30,000 berat tan kasar atau kurang bagi tempoh dua tahun.

(2)

Dalam perenggan ini, “insurans perlindungan dan indemniti” ertinya insurans perlindungan dan indemniti yang ditawarkan oleh Hydor AS atau anggota Kumpulan Kelab Perlindungan dan Indemniti Antarabangsa (IGP&I), mengikut mana-mana yang berkenaan, secara usaha sama dengan

Perlindungan dan Indemniti Malaysia Sdn. Bhd.

P.U. (A) 360 3

Dibuat 7 September 2021

[MOF.SID(S)700-1/2/20(SK.6); PN(PU2)718/Jld.6]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

P.U. (A) 360 4

FINANCIAL SERVICES ACT 2013

FINANCIAL SERVICES (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2021

Section 2 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2021