Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (WANG ELEKTRONIK MAKSUD TERHAD) (PENGECUALIAN) 2024

Seksyen 4

Syarat pengecualian

(1)

Pengecualian di bawah perenggan 3 adalah tertakluk pada syarat yang berikut:

P.U. (A) 463 3

(a)

berhubung dengan kategori wang elektronik maksud terhad yang disenaraikan di bawah butiran 1 Jadual, orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu hendaklah—

(i)

mematuhi semua kehendak di bawah Akta Perlindungan

Data Peribadi 2010 [Akta 709] dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu;

(ii)

mengadakan pendedahan yang jelas dan ketara kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi bahawa perniagaan pengeluaran wang elektronik maksud terhadnya tidak tertakluk pada kehendak yang terpakai bagi suatu pengeluar wang elektronik yang diluluskan oleh Bank di bawah seksyen 11 Akta;

(iii)

mengadakan suatu mekanisme aduan dan penyelesaian pertikaian kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi;

(iv)

mengemukakan kepada Bank pada setiap tahun suatu pemberitahuan dan aku janji bahawa wang elektronik maksud terhad yang dikeluarkan itu memenuhi kriteria sebagaimana yang disenaraikan dalam ruang (3) Jadual;

(v)

mengemukakan kepada Bank pada setiap tahun maklumat perangkaan yang disahkan oleh juruaudit luar mengenai perniagaan pengeluaran wang elektronik maksud terhadnya, termasuk jumlah liabiliti wang elektronik maksud terhad yang belum dijelaskan, bilangan pengguna berdaftar dan pengguna aktif, jumlah transaksi wang elektronik maksud terhad, jumlah nilai transaksi wang elektronik maksud terhad dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; dan

P.U. (A) 463 4

(vi)

memudahkan pemindahan apa-apa amaun dana yang tersimpan dalam akaun seseorang pengguna wang elektronik maksud terhad yang dibuka dengan orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu ke dalam mana-mana akaun bank pengguna itu;

(b)

berhubung dengan kategori wang elektronik maksud terhad yang disenaraikan di bawah butiran 2 Jadual, orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu hendaklah—

(i)

mematuhi semua kehendak di bawah Akta Perlindungan

Data Peribadi 2010 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu;

(ii)

mengadakan pendedahan yang jelas dan ketara kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi bahawa perniagaan pengeluaran wang elektronik maksud terhadnya tidak tertakluk pada kehendak yang terpakai bagi suatu pengeluar wang elektronik yang diluluskan oleh Bank di bawah seksyen 11 Akta;

(iii)

mengadakan suatu mekanisme aduan dan penyelesaian pertikaian kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi; dan

(iv)

tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu, memudahkan pemindahan apa-apa amaun dana yang tersimpan dalam akaun seseorang pengguna wang elektronik maksud terhad yang dibuka dengan orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu ke dalam mana-mana akaun bank pengguna itu;

P.U. (A) 463 5

(c)

berhubung dengan kategori wang elektronik maksud terhad yang disenaraikan di bawah butiran 3 Jadual, orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu hendaklah—

(i)

mematuhi semua kehendak di bawah Akta Perlindungan

Data Peribadi 2010 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu;

(ii)

mengadakan pendedahan yang jelas dan ketara kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi bahawa perniagaan pengeluaran wang elektronik maksud terhadnya tidak tertakluk pada kehendak yang terpakai bagi suatu pengeluar wang elektronik yang diluluskan oleh Bank di bawah seksyen 11 Akta;

(iii)

mengadakan suatu mekanisme aduan dan penyelesaian pertikaian kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi; dan

(iv)

memudahkan pemindahan apa-apa amaun dana yang tersimpan dalam akaun seseorang pengguna wang elektronik maksud terhad yang dibuka dengan orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu ke dalam mana-mana akaun bank pengguna itu; dan

(d)

berhubung dengan kategori wang elektronik maksud terhad yang disenaraikan di bawah butiran 4 Jadual, orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad tersebut hendaklah—

(i)

mematuhi semua kehendak di bawah Akta Perlindungan

Data Peribadi 2010 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu;

P.U. (A) 463 6

(ii)

mengadakan pendedahan yang jelas dan ketara kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi bahawa perniagaan pengeluaran wang elektronik maksud terhadnya tidak tertakluk pada kehendak yang terpakai bagi suatu pengeluar wang elektronik yang diluluskan oleh Bank di bawah seksyen 11 Akta;

(iii)

mengadakan suatu mekanisme aduan dan penyelesaian pertikaian kepada pengguna atau pengguna yang berpotensi; dan

(iv)

tertakluk pada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu, memudahkan pemindahan apa-apa amaun dana yang tersimpan dalam akaun seseorang pengguna wang elektronik maksud terhad yang dibuka dengan orang yang mengeluarkan wang elektronik maksud terhad itu ke dalam mana-mana akaun bank pengguna itu.

(2)

Bagi maksud perenggan ini—

(a)

“pengguna aktif”

ertinya pengguna yang melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi setiap bulan untuk membuat pembayaran atau pemindahan dana menggunakan wang elektronik maksud terhad atau untuk mengisi semula akaun wang elektronik maksud terhad;

(b)

“akaun bank” ertinya suatu akaun bank pengguna yang dibuka dengan—

(i)

suatu bank berlesen di bawah Akta;

P.U. (A) 463 7

(ii)

suatu bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau

(iii)

suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi

Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618].

Pemberhentian pengecualian

Section 4 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (WANG ELEKTRONIK MAKSUD TERHAD) (PENGECUALIAN) 2024