Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (KAJIAN SEMULA PEMBERIAN KHAS DI BAWAH PERKARA 112D) (NEGERI SABAH) 2025

Seksyen 2

Pemberian khas

(1)

Bagi tempoh lapan tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022,

Kerajaan Persekutuan hendaklah membuat kepada Negeri Sabah, berkenaan dengan tahun kewangan 2022, 2023, 2024, 2025, 2026, 2027, 2028 dan 2029, pemberian masing-masing berjumlah RM125.6 juta, RM300 juta, RM306 juta,

RM600 juta, RM600 juta, RM600 juta, RM600 juta dan RM600 juta.

3

(2)

Berkenaan dengan tahun kewangan 2022, pemberian berjumlah

RM125.6 juta telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah pada 16 Jun 2022.

(3)

Berkenaan dengan tahun kewangan 2023, pemberian berjumlah

RM300 juta telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah pada 16 Jun 2023 (RM129.7 juta) dan 28 November 2023 (RM170.3 juta).

(4)

Berkenaan dengan tahun kewangan 2024, pemberian berjumlah

RM306 juta telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Sabah pada 11 Jun 2024 (RM300 juta) dan 19 Ogos 2024 (RM6 juta).

Pembatalan

Section 2 — PERINTAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (KAJIAN SEMULA PEMBERIAN KHAS DI BAWAH PERKARA 112D) (NEGERI SABAH) 2025