Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERLESENAN TENAGA ATOM (BAHAN RADIOAKTIF KEAKTIFAN RENDAH) (PENGECUALIAN) 2020

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“amalan” ertinya apa-apa aktiviti manusia yang mendatangkan sumber tambahan bagi dedahan radiasi atau laluan dedahan radiasi atau yang meluaskan dedahan radiasi atau mengubah suai jaringan laluan dedahan radiasi daripada sumber radiasi yang sedia ada, yang menyebabkan peningkatan dedahan radiasi atau kemungkinan dedahan radiasi kepada seorang individu atau sebilangan individu;

“bahan radioaktif keaktifan rendah” ertinya apa-apa bahan yang mengandungi radionuklid dengan keaktifan atau kepekatan keaktifan yang tidak menyebabkan apa-apa risiko radiologi terhadap seseorang individu sama ada melalui dedahan radiasi luaran atau dalaman atau kedua-duanya.

Section 2 — PERINTAH PERLESENAN TENAGA ATOM (BAHAN RADIOAKTIF KEAKTIFAN RENDAH) (PENGECUALIAN) 2020