Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERNIAGAAN PERKHIDMATAN WANG (PENGECUALIAN) 2017

Seksyen 2

(1)

Syarikat teknologi kewangan yang telah diluluskan oleh Bank di bawah

Kerangka Lingkungan Pengawalseliaan Teknologi Kewangan yang dikeluarkan oleh

Bank di bawah seksyen 74

Akta dikecualikan daripada pemakaian subseksyen 4(1), 23(1) dan 25(1) Akta bagi maksud menjalankan perniagaan perkhidmatan wang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(2)

Dalam Perintah ini, “syarikat teknologi kewangan” ertinya mana-mana entiti perniagaan yang berhasrat untuk menjalankan atau sedang menjalankan semua atau mana-mana bahagian perniagaan perkhidmatan wang menggunakan teknologi kewangan.

Dibuat 24 Januari 2017

[KK/SID/P/(S)/9/437/1/2012(SK.1); BNM/JUN/1119/40/53; PN(PU2)701/IV]

DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 46 3

MONEY SERVICES BUSINESS ACT 2011

MONEY SERVICES BUSINESS (EXEMPTION) ORDER 2017