Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP) 2026

Seksyen 4

Syarat pengecualian blok

Pengecualian blok yang diberikan di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

Perjanjian Perkongsian Vesel itu hendaklah—

(i)

hanya bagi perkongsian vesel, pengendalian bersama bagi perkhidmatan vesel, atau pertukaran atau pencarteran ruang vesel, antara pengendali pelayaran tetap;

(ii)

bagi suatu tempoh yang munasabah;

(iii)

membenarkan setiap pengendali pelayaran tetap untuk membuat apa-apa kontrak sulit dan menawarkan apa-apa perkiraan dan harga bagi perkhidmatan pelayaran tetapnya; dan

(iv)

memastikan setiap pengendali pelayaran tetap memperuntukkan kapasiti ruang vesel yang mencukupi sebagai tindak balas kepada

P.U. (A) 230 4

naik turun dalam penawaran dan permintaan, yang mungkin diperlukan untuk operasi perkhidmatan bersama di mana-mana pelabuhan di Malaysia; dan

(b)

Perjanjian Perkongsian Vesel itu tidak boleh—

(i)

meliputi apa-apa pengangkutan darat bagi pembawaan barangan yang merupakan sebahagian daripada pengangkutan terus yang disediakan oleh penyedia logistik, penghantar, pengendali depot, pemandu lori, pengendali kereta api, penyedia perkhidmatan penyatuan kemudahan luar dok, dan penyedia perkhidmatan penyimpanan luar dok dan pergudangan;

(ii)

mengandungi apa-apa unsur penetapan harga, pengesyoran harga atau pengenaan tarif, oleh mana-mana orang terhadap pengguna pengangkutan;

(iii)

menghendaki penzahiran apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkiraan bagi perkhidmatan pelayaran tetap kepada mana-mana pengguna pengangkutan oleh mana-mana pengendali pelayaran tetap; dan

(iv)

menghendaki mana-mana pihak kepada perjanjian untuk mematuhi secara mandatori apa-apa tarif atau mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkenaan dengan perkiraan perkhidmatan pelayaran tetap kepada pihak lain.

Obligasi di bawah pengecualian blok

Section 4 — PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP) 2026