Seksyen 5
Obligasi di bawah pengecualian blok
(1)
Sesalinan Perjanjian Perkongsian Vesel hendaklah difailkan oleh salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada perjanjian itu dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perjanjian itu ditandatangani.
(2)
Jika apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada Perjanjian
Perkongsian Vesel itu selepas pemfailan perjanjian itu di bawah subperenggan (1), salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada perjanjian itu hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan
Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu dibuat.
5
(3)
Jika perubahan atau pindaan yang disebut dalam subperenggan (2) tidak dibuat secara bertulis, salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap itu hendaklah memfailkan dengan Suruhanjaya suatu memorandum yang memberikan perihalan terperinci mengenai perubahan atau pindaan itu dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu dibuat.