Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Apabila diminta oleh Suruhanjaya, pengendali-pengendali pelayaran tetap hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan pelayaran tetap melalui pengangkutan laut atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pengendali pelayaran tetap itu di bawah
Perjanjian Perkongsian Vesel yang kepadanya pengendali-pengendali pelayaran tetap itu menjadi pihak, dalam apa-apa bentuk, mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Pengendali-pengendali pelayaran tetap adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen atau maklumat secara individu kepada Suruhanjaya, berhubung dengan Caj Deposit Kontena bagi penilaian oleh Suruhanjaya.
(3)
Pengendali-pengendali pelayaran tetap hendaklah menjadikan tersedia apa-apa maklumat berkenaan dengan harga atau tarif bagi perkhidmatan pelayaran tetap melalui pengangkutan laut, atau struktur dan tahap perkhidmatan bagi perkhidmatan pelayaran tetap melalui pengangkutan laut itu, di bawah
Perjanjian Perkongsian Vesel.
(4)
Pengendali pelayaran tetap itu hendaklah menjadikan tersedia maklumat yang disebut di bawah subseksyen (3)—
(a)
di pejabat pengendali pelayaran tetap itu atau ejennya di Malaysia; dan
(b)
secara umum dalam laman sesawang internet.
6
Pembatalan pengecualian blok