Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH PERSAINGAN (PENGECUALIAN BLOK BAGI PERJANJIAN PERKONGSIAN VESEL BERKENAAN DENGAN PERKHIDMATAN PELAYARAN TETAP MELALUI PENGANGKUTAN LAUT) 2024

Seksyen 5

(1)

Suatu salinan Perjanjian Perkongsian Vesel hendaklah difailkan oleh salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada perjanjian itu dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perjanjian itu ditandatangani.

P.U. (A) 95 5

(2)

Jika apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada Perjanjian Perkongsian

Vesel itu selepas pemfailan perjanjian itu di bawah subperenggan (1), salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada perjanjian itu hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan

Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu dibuat.

(3)

Jika perubahan atau pindaan yang disebut dalam subperenggan (2) tidak dibuat secara bertulis, salah seorang daripada pengendali-pengendali pelayaran tetap itu hendaklah memfailkan dengan Suruhanjaya suatu memorandum yang memberikan perihalan terperinci mengenai perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Jika mana-mana pengendali pelayaran tetap yang menjadi pihak kepada

Perjanjian Perkongsian Vesel ingin memohon suatu pengecualian blok yang baharu selepas tamat tempoh Perintah Pengecualian Blok bagi Perjanjian Perkongsian Vessel itu, salah seorang daripada pengendali pelayaran tetap itu hendaklah membuat permohonan kepada Suruhanjaya sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh perintah itu.

Kewajipan untuk menjadikan tersedia dokumen atau maklumat