Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2013

Seksyen 4

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan petroleum berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada operasi petroleum di suatu medan marginal.

(2)

Tertakluk kepada perenggan 5, pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

3

A x C

B iaitu A ialah cukai yang boleh dikenakan bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan operasi petroleumnya di suatu medan marginal yang bersamaan dengan tiga puluh lapan peratus daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukainya ditolak dengan cukai yang boleh dikenakan yang bersamaan dengan dua puluh lima peratus daripada pendapatannya yang boleh dikenakan cukai;

B ialah cukai yang boleh dikenakan bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai yang bersamaan dengan tiga puluh lapan peratus daripada pendapatannya yang boleh dikenakan cukai; dan

C ialah amaun bagi pendapatannya yang boleh dikenakan cukai.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang boleh dikenakan cukai daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Pendapatan berkanun