Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2013

Seksyen 6

Ketidakpakaian

(1)

Perintah ini tidak terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai bagi tempoh asas suatu tahun taksiran jika orang yang boleh dikenakan cukai itu menjalankan operasi petroleum—

4

(a)

di dalam suatu medan marginal dalam suatu kawasan yang berkenaan dengan suatu projek laut dalam yang telah diberikan elaun pelaburan di bawah Peraturan-Peraturan Petroleum

(Cukai Pendapatan) (Elaun Pelaburan) 2013 [P.U. (A) 120/2013];

(b)

di dalam Kawasan Pembangunan Bersama; atau

(c)

di dalam suatu kawasan di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama dalam kawasan pertindihan.

(2)

Jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pengeluaran terkumpul petroleum di suatu medan marginal bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai, dari tahun asas pertama petroleum dikeluarkan hingga ke tahun taksiran itu, adalah melebihi tiga puluh juta tong tangki stok minyak mentah atau melebihi lima ratus bilion kaki padu standard gas asli, pengecualian itu tidak terpakai bagi orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu dan tahun-tahun taksiran berikutnya berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada lebihan itu.

Dibuat 14 Mac 2013

[Perb. CR(8.09)681/2-61(Sj.19)Jld.3(Sk.2);LHDN.01/35/(S)/42/51

Klt.17;PN(PU2)80A/XIX]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 65C(2) Akta Petroleum

(Cukai Pendapatan) 1967]

5

PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967

PETROLEUM (INCOME TAX) (EXEMPTION) ORDER 2013