Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2014

Seksyen 4

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan PETRONAS dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan petroleum berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada operasi petroleum di dalam suatu medan marginal PETRONAS.

P.U. (A) 305 3

(2)

Tertakluk kepada perenggan 5, pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

A x C

B iaitu A ialah cukai yang boleh dikenakan bagi PETRONAS berkenaan dengan operasi petroleumnya di dalam suatu medan marginal PETRONAS yang bersamaan dengan tiga puluh lapan peratus daripada pendapatannya yang boleh dikenakan cukai ditolak dengan cukai yang boleh dikenakan yang bersamaan dengan dua puluh lima peratus daripada pendapatannya yang boleh dikenakan cukai;

B ialah cukai yang boleh dikenakan bagi PETRONAS berkenaan dengan suatu medan marginal PETRONAS yang bersamaan dengan tiga puluh lapan peratus daripada pendapatannya yang boleh dikenakan cukai; dan

C ialah amaun bagi pendapatan yang boleh dikenakan cukai itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan PETRONAS daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Akaun berasingan

Section 4 — PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2014