Malaysia legislation
Section 7
of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2014
Seksyen 7
Ketidakpakaian
(1)
Perintah ini tidak terpakai bagi PETRONAS dalam tempoh asas suatu tahun taksiran jika PETRONAS menjalankan operasi petroleum di dalam suatu kawasan di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama di dalam kawasan pertindihan.
(2)
Jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pengeluaran terkumpul petroleum di dalam suatu medan marginal PETRONAS dari tahun asas pertama petroleum dikeluarkan hingga ke tahun taksiran itu adalah melebihi tiga puluh juta tong tangki stok minyak mentah atau melebihi lima ratus bilion kaki padu standard gas asli,
Perintah ini tidak terpakai bagi PETRONAS berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu dan tahun-tahun taksiran berikutnya.
Dibuat 30 Oktober 2014
[Perb. CR(8.09)681/2-61(Sj.19) Jld. 3(Sk.9); LHDN. 01/35/(S)/42/51 Klt. 17;
PN(PU2)474/III]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 65C(2) Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967]
P.U. (A) 305 5
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (EXEMPTION) ORDER 2014