Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2021
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan orang yang disebut dalam subperenggan (2) dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada peruntukan seksyen 49A Akta berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada Blok PM3 Kawasan Perkiraan
Komersial Malaysia-Vietnam.
(2)
Orang yang disebut dalam subperenggan (1) ialah—
(a)
Repsol Oil & Gas Malaysia Limited;
(b)
Repsol Oil & Gas Malaysia (PM3) Limited;
(c)
Petronas Carigali Sendirian Berhad; dan
(d)
Petrovietnam Exploration Production Corporation Limited.
P.U. (A) 208 3
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang disebut dalam subperenggan (2) daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Dibuat 13 April 2021
[MOF.TAX(R)700-2/1/35; PN(PU2)474/IV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 65C(2)
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
P.U. (A) 208 4
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (EXEMPTION) ORDER 2021