Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2022

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan orang yang boleh dikenakan cukai, dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, daripada pembayaran cukai pendapatan petroleum berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada operasi petroleum berhubung dengan kontrak perkongsian pengeluaran Late-Life Assets.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah perenggan ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa orang yang boleh dikenakan cukai itu menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran Late-Life Assets dengan PETRONAS dalam tempoh dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2029.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang boleh dikenakan cukai itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

(4)

Bagi maksud

Perintah ini,

“PETRONAS”

adalah singkatan bagi

Petroliam Nasional Berhad sebagaimana yang disebut dalam subseksyen 3(1)

Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144].

P.U. (A) 302 3

Pendapatan berkanun

Section 2 — PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2022