Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2022

Seksyen 4

(1)

Bagi maksud pengecualian cukai di bawah Perintah ini, Menteri boleh menentukan suatu projek sebagai projek Late-Life Assets iaitu suatu medan minyak atau gas brownfield dan mempunyai jangka hayat ekonomi tidak melebihi sepuluh tahun bermula dari tahun sesuatu kontrak perkongsian pengeluaran Late-Life Assets itu ditandatangani.

(2)

Dalam Perintah ini, “medan minyak atau gas brownfield” ertinya suatu medan minyak atau gas yang pernah dibangunkan dan telah mencapai tahap puncak kadar pengeluaran minyak atau gas.

Ketidakpakaian

Section 4 — PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2022