Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2022
Seksyen 5
Perintah ini tidak terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika orang yang boleh dikenakan cukai itu—
(a)
telah diberikan suatu elaun modal dipercepat di bawah Kaedah-Kaedah
Petroleum
(Cukai
Pendapatan)
(Elaun
Modal
Dipercepatkan)
(Medan Marginal) 2013 [P.U. (A) 119/2013];
(b)
telah diberikan suatu elaun pelaburan di bawah Peraturan-Peraturan
Petroleum
(Cukai
Pendapatan)
(Elaun
Pelaburan)
2013
[P.U. (A) 120/2013];
(c)
telah diberikan pengecualian cukai di bawah Perintah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Pengecualian) 2013 [P.U. (A) 122/2013];
P.U. (A) 302 5
(d)
telah diberikan suatu elaun modal dipercepat di bawah
Kaedah-Kaedah Petroleum (Cukai Pendapatan) (Elaun Modal Dipercepat)
(Medan Marginal PETRONAS) 2014 [P.U. (A) 304/2014];
(e)
telah diberikan pengecualian cukai di bawah Perintah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Pengecualian) 2014 [P.U. (A) 305/2014];
(f)
telah diberikan suatu elaun pelaburan di bawah Peraturan-Peraturan
Petroleum (Cukai Pendapatan) (Elaun Pelaburan bagi PETRONAS) 2021
[P.U. (A) 336/2021];
(g)
menjalankan operasi petroleum di dalam Kawasan Pembangunan
Bersama; atau
(h)
menjalankan operasi petroleum di dalam suatu kawasan di bawah mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan mana-mana kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama di dalam kawasan pertindihan.
Dibuat 13 September 2022
[MOF.TAX(S)700-3/1/755; LHDN.AY.A.600-21/1/7(29)-81; PN(PU2)474/IV]
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 65C(2)
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 302 6
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (EXEMPTION) ORDER 2022