Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2023

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan PC JDA Limited, Hess Oil Company of Thailand

(JDA) Limited, Hess Oil Company of Thailand Limited Company dan PTTEP International

Limited dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pemakaian seksyen 49A Akta berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh daripada Kawasan

Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan PC JDA Limited, Hess Oil Company of Thailand (JDA) Limited,

Hess Oil Company of Thailand Limited Company dan PTTEP International Limited daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Dibuat 27 Oktober 2023

[MOF.TAX(S)700-2/7/774; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-317; PN(PU2)474/JLD.5]

ANWAR BIN IBRAHIM

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 65C(2)

Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]

P.U. (A) 337 3

PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967

PETROLEUM (INCOME TAX) (EXEMPTION) ORDER 2023

Section 2 — PERINTAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (PENGECUALIAN) 2023