Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan
Entogenex Industries Sdn. Bhd. (No. Pendaftaran Syarikat: 807523-M)—
(a)
berhubung dengan racun makhluk perosak Denguard daripada kehendak untuk mendaftarkan racun makhluk perosak itu di bawah seksyen 7 Akta; dan
(b)
berhubung dengan racun makhluk perosak Mousticide RH dan
Denguard daripada kesemua peruntukan Peraturan-Peraturan Racun
Makhluk Perosak (Iklan) 1996 [P.U. (A) 131/1996].
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan
(1)
diberikan mulai 15 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016.
(3)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat seperti yang berikut:
(a)
racun makhluk perosak yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a)
dan (b) hendaklah digunakan semata-mata bagi maksud pengagihan
P.U. (A) 4 3
Kit Rumah Perlindungan Lengkap Denggi dalam Program Komuniti
Bebas Denggi yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi yang akan diadakan di lokasi yang dinyatakan dalam Jadual;
(b)
pengagihan Kit Rumah Perlindungan Lengkap Denggi adalah terhad kepada seratus ribu unit sahaja; dan
(c)
penganjuran dan penjalanan Program Komuniti Bebas Denggi hendaklah tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkaitan.
(4)
Kit
Rumah
Perlindungan
Lengkap
Denggi yang disebut dalam subperenggan (3) ertinya kit yang mengandungi tiga puluh gram Mousticide RH,
Aedes Lethal OviTrap (ALOT), lima ratus mililiter losyen Denguard, buku panduan yang bertajuk “Bersama Kita Perangi Denggi” dan buku yang bertajuk “Nyamuk Yang Poyo”.