Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) 2018

Seksyen 2

Pengecualian

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan

Hextar Chemicals Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran Syarikat : 133061-V) berhubung dengan racun makhluk perosak Plane 20 EC daripada kehendak—

(a)

untuk mendaftarkan racun makhluk perosak itu di bawah seksyen 7 Akta;

(b)

bagi suatu lesen untuk mengilang racun makhluk perosak itu di bawah seksyen 15 Akta;

(c)

bagi suatu lesen untuk menjual atau menyimpan bagi jualan racun makhluk perosak itu di bawah seksyen 17 Akta; dan

(d)

untuk mendaftarkan pemilikan atau penggunaan racun makhluk perosak itu di bawah perenggan 53A (1)(a) Akta.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan

(1)

diberikan mulai 1 Mac 2018 hingga 1 Mac 2019 melainkan dibatalkan terlebih dahulu oleh Lembaga.

P.U. (A) 61 3

(3)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat seperti yang berikut:

(a)

racun makhluk perosak yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) hendaklah dilabelkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga;

(b)

racun makhluk perosak itu hanya dibenarkan dijual kepada

Delphina

Technik

Sdn.

Bhd.

(Nombor

Pendaftaran

Syarikat : 933670-A) semata-mata bagi tawaran perkhidmatan kerja-kerja penyahseranggaan pesawat udara bagi AirAsia Berhad

(Nombor Pendaftaran Syarikat: 284669-W) di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur;

(c)

kerja-kerja penyahseranggaan itu sebagaimana yang disebut dalam subsubperenggan (3)(b) hendaklah dijalankan oleh seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen atau seorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen di bawah penyeliaan sendiri seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam subkaedah 2 Kaedah-Kaedah

Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak)

2004 [P. U. (A) 70/2004] yang diambil khidmat oleh Delphina

Technik Sdn. Bhd.;

(d)

racun makhluk perosak itu dilarang diiklankan oleh mana-mana orang; dan

(e)

amaun racun makhluk perosak yang dikilang dan dijual itu hendaklah dilaporkan kepada Lembaga tiap-tiap bulan.

P.U. (A) 61 4

(4)

Jika mana-mana syarat pengecualian di bawah subperenggan 2(3)

tidak dipatuhi, Lembaga boleh membatalkan pengecualian ini.

Dibuat 20 Februari 2018

[KP/LA/8/11; PN(PU2)275/V]

DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

P.U. (A) 61 5

PESTICIDES ACT 1974

PESTICIDES (EXEMPTION) ORDER 2018