Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) 2020

Seksyen 2

Menteri mengecualikan mana-mana orang yang menggunakan racun makhluk perosak daripada kehendak untuk menggunakan mengikut penggunaan, sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga di bawah perenggan 53A(1)(b) Akta, yang dinyatakan pada label, tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

penggunaan racun makhluk perosak hendaklah terhad kepada pengawalan

Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus ferrugineus dan Rhynchophorus vulneratus) yang merupakan perosak yang terdapat pada tanaman kelapa, palma hiasan dan jenis tanaman palma yang lain; dan

(b)

penggunaan racun makhluk perosak hendaklah terhad kepada racun makhluk perosak yang mengandungi perawis aktif mengikut perumusan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

3

Section 2 — PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) 2020