Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) 2021

Seksyen 3

(1)

Pengecualian di bawah perenggan (2) tertakluk pada syarat yang berikut:

(a)

Sumisaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. hendaklah memohon kepada

Lembaga bagi pendaftaran racun makhluk perosak yang disebut dalam perenggan (2) sebelum 15 April 2022;

(b)

Sumisaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. hendaklah menggunakan racun makhluk perosak itu semata-mata bagi maksud memenuhi obligasi kontraktualnya dengan Pengerang Refining Company Sdn.

Bhd. (Nombor Pendaftaran Syarikat: 201301028727 (1058557-T));

dan

(c)

Sumisaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. hendaklah mengemukakan suatu laporan yang telah ditentusahkan oleh

Pengerang

Refining Company Sdn. Bhd. kepada Lembaga setiap tiga bulan berkenaan dengan—

(i)

pengimportan racun makhluk perosak itu oleh Sumisaujana

TCM Chemicals Sdn. Bhd.; dan

(ii)

penggunaan racun makhluk perosak itu oleh Pengerang

Refining Company Sdn. Bhd.

(2)

Jika mana-mana syarat pengecualian di bawah subperenggan (1)

tidak dipatuhi, Menteri boleh membatalkan pengecualian ini.

Bertarikh 12 Oktober 2021

[KP/LA/8/11; PN(PU2)275/XXIII]

DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

4

PESTICIDES ACT 1974

PESTICIDES (EXEMPTION) ORDER 2021

Section 3 — PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) 2021