Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2018
Seksyen 2
Pengecualian
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2) dan (3), Menteri mengecualikan
Delphina Technik Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran Syarikat : 933670-A) berhubung dengan racun makhluk perosak
Plane 20
EC daripada kehendak untuk mendaftarkan pemilikan atau penggunaan racun makhluk perosak di bawah perenggan 53A (1)(a) Akta.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) diberikan mulai 1 Mac 2018 hingga 1 Mac 2019 melainkan dibatalkan terlebih dahulu oleh Lembaga.
(3)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat seperti yang berikut:
(a)
racun makhluk perosak itu hendaklah dilabel sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga;
(b)
racun makhluk perosak itu dibeli hanya daripada Hextar Chemicals
Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran Syarikat : 133061-V) semata-mata bagi tawaran perkhidmatan kerja-kerja penyahseranggaan pesawat udara bagi
AirAsia
Berhad
(Nombor
Pendaftaran
Syarikat : 284669-W) di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur;
P.U. (A) 62 3
(c)
kerja-kerja penyahseranggaan sebagaimana yang disebut dalam subsubperenggan (3)(b) hendaklah dijalankan oleh seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen atau seorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen di bawah penyeliaan sendiri seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen sebagaimana yang ditakrifkan dalam subkaedah 2
Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan
Makhluk Perosak) 2004 [P. U. (A) 70/2004] yang diambil khidmat oleh Delphina Technik Sdn. Bhd.;
(d)
racun makhluk perosak itu dilarang dijual kepada mana-mana orang; dan
(e)
racun makhluk perosak itu dilarang diiklankan oleh mana-mana orang.
(4)
Jika mana-mana syarat pengecualian di bawah subperenggan 2(3)
tidak dipatuhi, Lembaga boleh membatalkan pengecualian ini.
Dibuat 20 Februari 2018
[KP/LA/8/11; PN(PU2)275/V]
DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
P.U. (A) 62 4
PESTICIDES ACT 1974
PESTICIDES (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2018