Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2020
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan mana-mana orang yang menggunakan racun makhluk perosak daripada kehendak untuk menggunakan mengikut penggunaan, sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga di bawah perenggan 53A(1)(b) Akta, yang dinyatakan pada label, tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
penggunaan racun makhluk perosak hendaklah terhad kepada pengawalan Ulat Ratus (Spodoptera Frugiperda) yang merupakan perosak yang terdapat pada tanaman jagung; dan
(b)
penggunaan racun makhluk perosak hendaklah terhad kepada racun makhluk perosak yang mengandungi perawis aktif sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
P.U. (A) 11 3