Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2025
Seksyen 3
Tebuthiuron sebagai perawis aktifnya daripada—
(1)
Pengecualian di bawah perenggan 2 tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
Ancom Crop Care Sdn. Bhd. dibenarkan untuk mengimport 300 tan racun makhluk perosak itu dan semua jumlah racun makhluk perosak itu hendaklah dieksport kemudiannya;
(b)
Ancom Crop Care Sdn. Bhd. hendaklah mengemukakan satu salinan pesanan pembelian racun makhluk perosak itu kepada Lembaga setiap kali sebelum pengimportan racun makhluk perosak itu dijalankan;
(c)
Ancom Crop Care Sdn. Bhd. hendaklah mengemukakan suatu laporan berkenaan dengan import dan eksport racun makhluk perosak itu kepada Lembaga pada setiap bulan; dan
(d)
laporan yang disebut dalam subsubperenggan (c) hendaklah mendedahkan amaun racun makhluk perosak itu yang telah diimport dan dieksport oleh Ancom Crop Care Sdn. Bhd..
(2)
Menteri boleh membatalkan pengecualian di bawah perenggan 2
jika mana-mana syarat di bawah subperenggan (1) tidak dipatuhi.
Dibuat 8 Mei 2025
[KP/LA/8/11; PN(PU2)275/JLD.24]
DATUK SERI HAJI MOHAMAD BIN SABU
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
P.U. (A) 151 4
PESTICIDES ACT 1974
PESTICIDE (EXEMPTION) (NO. 2) ORDER 2025