Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2023

Seksyen 2

Saraan seorang peguam cara berkenaan dengan urusan bukan bertikaian—

(a)

berkenaan dengan jualan, pembelian atau bentuk pemindahhakan lain bagi menyelesaikan apa-apa transaksi yang melibatkan harta tak alih—

(i)

saraan peguam cara yang menjalankan transaksi sama ada bertindak bagi penjual, pembeli, pemindah atau penerima pindah, hendaklah mengikut Jadual Pertama;

(ii)

dalam hal apa-apa transaksi yang tiada dokumen hakmilik individu atau hakmilik strata telah dikeluarkan pada masa transaksi itu mula-mula disempurnakan, saraan peguam cara yang menjalankan penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindahmilik yang berikutnya hendaklah mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(iii)

dalam hal apa-apa transaksi yang tiada perjanjian jual beli bertulis, atau perjanjian jual beli tidak disediakan oleh peguam cara itu dan peguam cara itu tidak dikehendaki menerangkan atau menasihatkan klien mengenai terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian itu,

3

atau pindahmilik dilaksanakan atas dasar kasih sayang atau tanpa balasan atau menurut suatu pengisytiharan amanah atau surat cara lain yang serupa, saraan peguam cara yang menjalankan penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindahmilik itu hendaklah mengikut kaedah 4 Jadual Keenam;

(b)

berkenaan dengan penyewaan atau pajakan, perjanjian bagi penyewaan atau pajakan dan perjanjian bagi mengekhaskan sewa, saraan bagi peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu hendaklah mengikut