Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENGECUALIAN) 2021

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan daripada kuat kuasa Akta—

(a)

mana-mana pekerja domestik yang diambil bekerja oleh majikan, yang merupakan saudara terdekat;

(b)

mana-mana pekerja domestik asing yang diambil bekerja oleh majikan asing; dan

(c)

mana-mana pekerja domestik asing yang—

(i)

bekerja di Malaysia pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini; atau

(ii)

telah bekerja di Malaysia sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Perintah ini, tanpa suatu Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang sah yang dikeluarkan di bawah peraturan 11

Peraturan-Peraturan

Imigresen 1963

[F.L.N. 228/1963] tetapi kemudiannya, selepas tarikh permulaan

P.U. (A) 250 3

kuat kuasa Perintah ini, suatu Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang sah dikeluarkan kepada pekerja domestik asing itu.

(2)

Pengecualian di bawah subsubperenggan (1)(c) hendaklah terpakai bagi pekerja domestik asing itu bagi apa-apa tempoh sebelum tarikh pengeluaran

Pas Lawatan (Kerja Sementara) yang sah itu.

(3)

Bagi maksud perenggan ini—

(a)

“pekerja domestik”

ertinya seseorang yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan dalam rumah kediaman itu dan termasuklah seorang tukang masak, pekhidmat rumah (termasuk pekhidmat bilik tidur dan dapur), pelayan, butler, orang yang menjaga kanak-kanak atau bayi, valet, kundang, tukang kebun, lelaki pencuci kain atau perempuan pencuci kain, jaga, sais dan pemandu atau pencuci apa-apa kenderaan berlesen untuk kegunaan persendirian;

(b)

“pekerja domestik asing” ertinya seseorang pekerja asing yang diambil bekerja semata-mata dalam kerja atau yang berkaitan dengan kerja bagi suatu rumah kediaman persendirian dan bukan bagi apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion yang dijalankan oleh majikan dalam rumah kediaman itu dan termasuklah seorang tukang masak, pekhidmat rumah (termasuk pekhidmat bilik tidur dan dapur), pelayan, butler, orang yang menjaga kanak-kanak atau bayi, valet, kundang, tukang kebun, lelaki pencuci kain atau perempuan pencuci kain, jaga, sais dan pemandu atau pencuci apa-apa kenderaan berlesen untuk kegunaan persendirian;

P.U. (A) 250 4

(c)

“saudara terdekat” ertinya—

(i)

suami atau isteri;

(ii)

anak termasuk anak angkat dan anak tiri;

(iii)

ibu atau bapa, adik-beradik atau datuk atau nenek termasuk ibu angkat atau bapa angkat, adik-beradik angkat dan datuk angkat atau nenek angkat, dan ibu tiri atau bapa tiri, adik-beradik tiri dan datuk tiri atau nenek tiri;

(iv)

ibu mentua atau bapa mentua, menantu lelaki atau menantu perempuan termasuk ibu mentua angkat atau bapa mentua angkat, menantu lelaki angkat dan menantu perempuan angkat, dan ibu mentua tiri atau bapa mentua tiri, menantu lelaki tiri dan menantu perempuan tiri; atau

(v)

adik-beradik ipar;

(d)

“majikan asing” tidak termasuk—

(i)

orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b)

Peraturan-Peraturan

Pendaftaran

Negara 1990

[P.U. (A) 472/1990];

(ii)

orang yang—

(A)

memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;

P.U. (A) 250 5

(B)

dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; dan

(iii)

orang yang dilahirkan di

Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990;

(e)

“pekerja asing” tidak termasuk—

(i)

orang bukan warganegara yang bermastautin secara tetap di Malaysia dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(b)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990;

(ii)

orang yang—

(A)

memasuki Malaysia secara sah melalui suatu pas atau permit imigresen yang sah;

(B)

dibenarkan menetap di Malaysia bagi tempoh dua belas bulan dan ke atas; dan dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990; dan

P.U. (A) 250 6

(iii)

orang yang dilahirkan di

Malaysia tetapi taraf kewarganegaraannya tidak dapat ditentukan, dan yang dikeluarkan dengan kad pengenalan sebagaimana yang diperihalkan di bawah perenggan 5(3)(c)

Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Dibuat 28 Mei 2021

[KSM/PUU(S)600/1/2/28/11(4); PN(PU2)747/III]

DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 250 7

EMPLOYMENT INSURANCE SYSTEM ACT 2017

EMPLOYMENT INSURANCE SYSTEM (EXEMPTION) ORDER 2021