Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PENGECUALIAN INDIVIDU) (PERJANJIAN-PERJANJIAN MUKTAMAD ANTARA MALAYSIA AIRLINES BERHAD DENGAN JAPAN AIRLINES CO. LTD.) 2020

Seksyen 4

Obligasi di bawah pengecualian individu

(1)

Jika apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada Perjanjian-Perjanjian

Muktamad dalam perenggan 2, termasuk apa-apa perubahan kepada pihak-pihak kepada Perjanjian-Perjanjian Muktamad itu, salah satu pihak hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu dibuat.

(2)

Apabila diminta oleh

Suruhanjaya, pihak-pihak kepada

Perjanjian-Perjanjian Muktamad dalam perenggan 2 hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan yang disediakan di bawah Perjanjian-Perjanjian Muktamad itu dalam bentuk dan mengikut cara dan dalam tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Dibuat 30 September 2020

[MAVCOM/LSRD/EO/2020/002; PN(PU2)725/III]

DATUK SERI HAJI SARIPUDDIN HAJI KASIM

Pengerusi Eksekutif

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

P.U. (A) 302 4

MALAYSIAN AVIATION COMMISSION ACT 2015

MALAYSIAN AVIATION COMMISSION

(INDIVIDUAL EXEMPTION) (DEFINITIVE AGREEMENTS BETWEEN MALAYSIA

AIRLINES BERHAD AND JAPAN AIRLINES CO. LTD.) ORDER 2020

Section 4 — PERINTAH SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PENGECUALIAN INDIVIDU) (PERJANJIAN-PERJANJIAN MUKTAMAD ANTARA MALAYSIA AIRLINES BERHAD DENGAN JAPAN AIRLINES CO. LTD.) 2020