Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Obligasi di bawah pengecualian individu
(1)
Jika apa-apa perubahan atau pindaan dibuat kepada
Perjanjian
Usaha
Sama, termasuk apa-apa perubahan kepada pihak-pihak, salah satu pihak hendaklah memfailkan perubahan atau pindaan itu secara bertulis dengan Suruhanjaya dalam masa dua minggu dari tarikh perubahan atau pindaan itu dibuat.
(2)
Apabila diminta oleh Suruhanjaya, pihak-pihak hendaklah menjadikan tersedia kepada Suruhanjaya apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak-pihak di bawah Perjanjian Usaha Sama dalam apa-apa bentuk dan cara dan dalam apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Dibuat 7 Jun 2023
[MOT.BU(S).600-2/17/1 Jld.15(26); PN(PU2)735/III]
DATUK SERI HAJI SARIPUDDIN HAJI KASIM
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
4
MALAYSIAN AVIATION COMMISSION ACT 2015
MALAYSIAN AVIATION COMMISSION (INDIVIDUAL EXEMPTION) (TRANSPACIFIC
JOINT VENTURE AGREEMENT BETWEEN ALL NIPPON AIRWAYS CO., LTD. AND
UNITED AIRLINES, INC.) ORDER 2023