Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH SYARIKAT (PENGECUALIAN) 2019

Seksyen 3

Syarat pengecualian

Pengecualian yang disebut dalam perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

juruaudit syarikat itu hendaklah mematuhi peruntukan di bawah

Undang-Undang Kecil Institut Akauntan Malaysia (Mengenai Etika,

Tatalaku dan Amalan Profesional);

(b)

suami atau isteri juruaudit syarikat itu tidak memegang jawatan sebagai pengarah atau setiausaha TGV Cinemas Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat berkaitannya;

(c)

juruaudit syarikat itu yang suami atau isterinya ialah pegawai

TGV Cinemas Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat berkaitannya tidak boleh—

P.U. (A) 48 3

(i)

menjadi sebahagian daripada pasukan audit; dan

(ii)

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan, penyediaan atau pengauditan TGV Cinemas Sdn. Bhd. atau mana-mana syarikat berkaitannya; dan

(d)

juruaudit syarikat itu hendaklah membuat suatu perakuan kepada

Pendaftar bahawa semua syarat pengecualian telah dipatuhi sebelum laporan audit disediakan.

Dibuat 19 Februari 2019

[KPDNKK 600-1/2/47; PN(PU2)740/II]

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

P.U. (A) 48 4

COMPANIES ACT 2016

COMPANIES (EXEMPTION) ORDER 2019

Section 3 — PERINTAH SYARIKAT (PENGECUALIAN) 2019 | mylaw.my