Skip to content

Seksyen 2

Pengecualian

of Perintah Syarikat (Pengecualian) 2026

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana penyelesai bagi suatu syarikat asing—

(a)

yang memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu pengiktirafan bagi prosiding asing di bawah seksyen 15 Akta Insolvensi

Rentas Sempadan 2026 [Akta 877]; atau

(b)

yang belum dilantik oleh Mahkamah sebagai penyelesai bagi Malaysia, daripada pemakaian perenggan 578(3)(b) dan subprenggan 578(4)(c)(ii) Akta.

(2)

Dalam perenggan ini, “prosiding asing” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026.

Dibuat 28 Ogos 2026

[KPDN.100-1/1/37; PN(PU2)740/JLD.4]

DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

3

COMPANIES ACT 2016

COMPANIES (EXEMPTION) ORDER 2026