Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH SYARIKAT (PENGECUALIAN) (NO. 2) 2019

Seksyen 3

Syarat bagi pengecualian

Pengecualian di bawah perenggan 2 adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

juruaudit syarikat hendaklah mematuhi peruntukan di bawah

Undang-Undang

Kecil

Institut

Akauntan

Negara

Malaysia

(Mengenai

Etika,

Tatalaku dan

Amalan

Profesional);

(b)

suami atau isteri juruaudit syarikat tidak memegang jawatan sebagai pengarah atau setiausaha syarikat dalam Jadual atau mana-mana syarikat berkaitannya;

(c)

juruaudit syarikat yang mempunyai suami atau isterinya ialah pegawai syarikat dalam

Jadual atau mana-mana syarikat berkaitannya tidak boleh—

3

(i)

menjadi sebahagian daripada pasukan audit; dan

(ii)

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perancangan, penyediaan atau pengauditan syarikat dalam Jadual atau mana-mana syarikat berkaitannya; dan

(d)

juruaudit syarikat juga hendaklah membuat suatu perakuan kepada

Pendaftar bahawa semua syarat pengecualian telah dipatuhi sebelum laporan audit disediakan.