Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Syarat bagi pengecualian
Pengecualian di bawah perenggan 3 adalah tertakluk kepada syarat bahawa mana-mana syarikat hendaklah disifatkan tidak mampu untuk membayar hutangnya di bawah perenggan 466(1)(a) Akta jika syarikat itu mengabaikan apa-apa notis tuntutan oleh mana-mana pemiutang supaya membayar hutangnya atau supaya menjamin hutangnya atau mencapai persetujuan mengenai hutangnya sehingga memuaskan hati pemiutang itu dalam tempoh enam bulan selepas penyampaian notis tuntutan hutang itu ke atasnya.