Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2011
Seksyen 3
Peruntukan dan pembayaran daripada tarif elektrik
(1)
Tenaga Nasional Berhad hendaklah memperuntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang bagi setiap bulan peruntukan suatu jumlah yang bersamaan dengan satu peratus daripada tarif yang dikenakan dan dipungut, selepas ditolak apa-apa diskaun yang terpakai, di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990
[Akta 447] daripada penggunanya di Semenanjung Malaysia selain—
(a)
pengguna domestik yang menggunakan bekalan elektrik sebanyak tiga ratus kilowatt jam dan ke bawah bagi setiap bulan; dan
(b)
NUR Distribution Sdn. Bhd.
P.U. (A) 384 3
(2)
Tarif yang dikenakan dan dipungut di bawah subperenggan (1) hendaklah berdasarkan kepada—
(a)
elektrik sebenar yang dibekalkan (dalam kilowatt jam); dan
(b)
di mana-mana jua terpakai, kesediaan bekalan elektrik (dalam kilowatt).
(3)
Jumlah yang diperuntukkan yang disebut dalam subperenggan (1)
hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang setiap bulan secara menunggak mengikut cara yang berikut:
(a)
pembayaran bulanan pertama mengandungi peruntukan yang dibuat dalam bulan peruntukan Disember 2011 hendaklah dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad ke dalam Kumpulan Wang pada atau sebelum 1 April 2011; dan
(b)
setiap pembayaran bulanan yang berikutnya mengandungi peruntukan yang dibuat bagi setiap bulan peruntukan selepas
Disember 2011 hendaklah dibayar oleh Tenaga Nasional Berhad ke dalam Kumpulan Wang pada atau sebelum hari pertama bagi bulan keempat selepas bulan peruntukan masing-masing.
Penyelarasan pembayaran