Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2011
Seksyen 4
(1)
Pihak Berkuasa hendaklah pada setiap tahun menyelaraskan semua pembayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad di bawah subperenggan 3(3)
dengan jumlah yang bersamaan dengan satu peratus daripada tarif yang dikenakan dan dipungut di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang dinyatakan di bawah subperenggan 3(1) berdasarkan penyata kewangan teraudit Tenaga Nasional
Berhad
(2)
Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, bagi maksud penyelarasan tahunan yang disebut dalam subperenggan (1), meminta Tenaga Nasional Berhad untuk
P.U. (A) 384 4
memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sokongan lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh
Pihak Berkuasa.
(3)
Apabila menerima permintaan di bawah subperenggan (2), Tenaga
Nasional Berhad hendaklah memberikan maklumat atau dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(4)
Selepas penyelarasan tahunan di bawah subperenggan (1) dibuat dengan mengambil kira maklumat atau dokumen sokongan lain yang disebut dalam subperenggan (3), Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu laporan kepada
Tenaga Nasional Berhad.
(5)
Walaupun maklumat atau dokumen sokongan lain yang diminta di bawah subperenggan (2) tidak diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad di bawah subperenggan
(3)
, Pihak Berkuasa hendaklah meneruskan dengan penyelarasan di bawah subperenggan (1) dan mengeluarkan suatu laporan kepada Tenaga Nasional Berhad.
(6)
Pihak Berkuasa hendaklah memberikan satu salinan laporan yang dikeluarkan di bawah subperenggan (4) atau (5) kepada Menteri.
(7)
Laporan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan
(4)
atau (5) adalah muktamad.
Mendapatkan semula kekurangan