Skip to content

Seksyen 5

Mendapatkan semula kekurangan

of Perintah Tenaga Boleh Baharu (Peruntukan Daripada Tarif Elektrik) 2011

P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5

(1)

Jika laporan yang disebut dalam subperenggan 4(4) atau (5)

menunjukkan terdapat suatu kekurangan dalam peruntukan atau pembayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad di bawah perenggan 3, Pihak Berkuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, memberitahu Tenaga Nasional Berhad secara bertulis tentang kekurangan itu dan meminta Tenaga Nasional Berhad untuk membayar kekurangan itu ke dalam Kumpulan Wang.

P.U. (A) 384 5

(2)

Tenaga Nasional Berhad hendaklah membayar kekurangan di bawah subperenggan (1) ke dalam Kumpulan Wang tanpa apa-apa bunga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu oleh Tenaga Nasional Berhad.