Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013

Seksyen 3

Peruntukan dan pembayaran daripada tarif elektrik

(1)

Seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah memperuntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang bagi setiap bulan peruntukan suatu jumlah yang bersamaan dengan satu perpuluhan enam peratus daripada tarif yang dikenakan dan dipungut, selepas ditolak apa-apa diskaun yang terpakai, di bawah subseksyen 26(1)

Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] daripada pengguna di Semenanjung Malaysia dan Sabah selain pengguna domestik yang menggunakan bekalan elektrik sebanyak tiga ratus kilowatt jam dan ke bawah bagi setiap bulan.

(2)

Tarif yang dikenakan dan dipungut di bawah subperenggan (1) hendaklah berdasarkan kepada—

P.U. (A) 375 3

(a)

elektrik sebenar yang dibekalkan (dalam kilowatt jam); dan

(b)

di mana-mana jua terpakai, kesediaan bekalan elektrik

(dalam kilowatt)

(3)

Jumlah yang diperuntukkan yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang setiap bulan secara menunggak mengikut cara yang berikut:

(a)

pembayaran bulanan pertama mengandungi peruntukan yang dibuat dalam bulan peruntukan Januari 2014 hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan ke dalam Kumpulan Wang pada atau sebelum 1 Mei 2014; dan

(b)

setiap pembayaran bulanan yang berikutnya mengandungi peruntukan yang dibuat bagi setiap bulan peruntukan selepas

Januari 2014 hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan ke dalam Kumpulan Wang pada atau sebelum hari pertama bagi bulan keempat selepas bulan peruntukan masing-masing.

Penyelarasan pembayaran

Section 3 — PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013