Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013

Seksyen 4

(1)

Pihak Berkuasa hendaklah pada setiap tahun menyelaraskan semua pembayaran yang dibuat oleh pemegang lesen pengagihan di bawah subperenggan 3(3)

dengan jumlah yang bersamaan dengan satu perpuluhan enam peratus daripada tarif yang dikenakan dan dipungut di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990

yang dinyatakan di bawah subperenggan 3(1) berdasarkan penyata kewangan teraudit pemegang lesen pengagihan itu.

(2)

Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, bagi maksud penyelarasan tahunan yang disebut dalam subperenggan (1), meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sokongan lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh

Pihak Berkuasa.

P.U. (A) 375 4

(3)

Apabila menerima permintaan di bawah subperenggan (2), pemegang lesen pengagihan hendaklah memberikan maklumat atau dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Selepas penyelarasan tahunan di bawah subperenggan (1) dibuat dengan mengambil kira maklumat atau dokumen sokongan yang lain yang disebut dalam subperenggan (3), Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu laporan kepada pemegang lesen pengagihan.

(5)

Walaupun maklumat atau dokumen sokongan lain yang diminta di bawah subperenggan (2) tidak diberikan oleh pemegang lesen pengagihan di bawah subperenggan (3), Pihak Berkuasa hendaklah meneruskan dengan penyelarasan di bawah subperenggan (1) dan mengeluarkan suatu laporan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

(6)

Pihak Berkuasa hendaklah memberikan satu salinan laporan yang dikeluarkan di bawah subperenggan (4) atau (5) kepada Menteri.

(7)

Laporan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah subperenggan

(4)

atau (5) adalah muktamad.

Mendapatkan semula kekurangan

Section 4 — PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013