Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERUNTUKAN DARIPADA TARIF ELEKTRIK) 2013
Seksyen 5
(1)
Jika laporan yang disebut dalam subperenggan 4(4) atau (5)
menunjukkan terdapat suatu kekurangan dalam peruntukan atau pembayaran yang dibuat oleh pemegang lesen pengagihan di bawah perenggan 3, Pihak Berkuasa hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, memberitahu pemegang lesen pengagihan itu secara bertulis tentang kekurangan itu dan meminta pemegang lesen pengagihan itu untuk membayar kekurangan itu ke dalam Kumpulan Wang.
(2)
Seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah membayar kekurangan di bawah subperenggan (1) ke dalam Kumpulan Wang tanpa apa-apa bunga dalam masa
P.U. (A) 375 5
tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu oleh pemegang lesen pengagihan itu.
Pembayaran balik lebih bayaran