Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH UMUR PERSARAAN MINIMUM (PENGECUALIAN) (NO. 3) 2016
Seksyen 2
Menteri mengecualikan MISC Berhad dengan nombor pendaftaran 8178-H daripada semua peruntukan Akta berhubung dengan pekerja lelaki eksekutif dan bukan eksekutif yang sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini—
(a)
telah memilih untuk menukar umur persaraan yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan daripada enam puluh tahun kepada lima puluh lima tahun; dan
(b)
telah dibayar pampasan oleh MISC Berhad berkenaan dengan penukaran umur persaraan yang disebut dalam subsubperenggan (a).
Dibuat 12 Mei 2016
[KSM/PUU/(S)/600-1/2/5/2; PN(PU2)722/II]
DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia
P.U. (A) 136 3
MINIMUM RETIREMENT AGE ACT 2012
MINIMUM RETIREMENT AGE (EXEMPTION) (NO. 3) ORDER 2016