Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH UMUR PERSARAAN MINIMUM (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2017

Seksyen 2

Menteri mengecualikan PETRONAS ICT Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran syarikat 527213-P daripada semua peruntukan Akta berhubung dengan pekerja syarikat itu yang sebelum permulaan kuat kuasa Perintah ini—

(a)

telah memilih untuk menukar umur persaraan yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan daripada enam puluh tahun kepada lima puluh lima tahun; dan

(b)

telah dibayar pampasan oleh PETRONAS ICT Sdn. Bhd. berkenaan dengan penukaran umur persaraan yang disebut dalam subsubperenggan (a).

Dibuat 23 Mac 2017

[KSM/PUU/(S)/600-1/2/5/2; PN(PU2)722/IV]

DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

Menteri Sumber Manusia

P.U. (A) 105 3

MINIMUM RETIREMENT AGE ACT 2012

MINIMUM RETIREMENT AGE (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2017