Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Seksyen 14 Perlembagaan dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:
“(4)
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat
Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5)
Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan
Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan
P.U. (A) 381 3
jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan
Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.
(6)
Seseorang yang dilantik sebagai Ketua
Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh
Lembaga.
(7)
Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan
Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh
Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.
Pindaan seksyen 16