Malaysia legislation
Section 15
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) (PINDAAN) 2012
Seksyen 15
(1)
Seorang Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah berkhidmat sebagai pegawai sepenuh masa Universiti dan yang mempunyai kuasa dan kewajipan sebagaimana yang ditetapkan oleh statut.
(2)
Jawatan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman boleh dikenali dengan apa-apa nama lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang,
Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah dilantik oleh Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.
P.U. (A) 383 3
(4)
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan
Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
(5)
Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan Penasihat
Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis,
Pendaftar, Bursar dan Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.
(6)
Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pustakawan, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga.
(7)
Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan, Penasihat
Undang-Undang, Pegawai Aduan dan Juruaudit Dalaman boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.
Pindaan seksyen 17