Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

“Perlembagaan” dalam Perintah ini, dipinda dalam seksyen 63—

(a)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “satu tahun”

dengan perkataan “satu tahun akademik”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(4A)

Walau apa pun subseksyen (4), Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian

MPP dan pemegang jawatannya.”;

(c)

dengan memotong subseksyen (12);

P.U. (A) 274 4

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (12) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:

“(12A)

Universiti boleh menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau memiliki apa-apa harta untuk diuruskan atau disenggara oleh

MPP mengikut tatacara kewangan Universiti.

(12B)

Walau apa pun subseksyen (12A), MPP boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, menubuhkan, menguruskan atau menyenggara apa-apa kumpulan wang mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (13) subseksyen yang berikut:

“(13A)

Bagi maksud seksyen 15A Akta, Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan cara bagi pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang atau penerimaan wang atau sumbangan lain oleh

MPP.”.

Dibuat 1 Oktober 2024

[KPT.PUU(S).100-1/21/1(11); PN(PU2)75B/IV]

Dengan Titah Perintah

DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR

Menteri Pendidikan Tinggi

P.U. (A) 274 5

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971

UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES (CONSTITUTION OF

THE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) (AMENDMENT) ORDER 2024

Section 3 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) (PINDAAN) 2024