Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perlembagaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka [P.U. (A) 470/2010]
dipinda dalam seksyen 57—
(a)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “satu tahun”
dengan perkataan “satu tahun akademik”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(5A) Walau apa pun subseksyen (5), Lembaga boleh mengurangkan atau melanjutkan tempoh keahlian
MPP dan pemegang jawatannya.”;
(c)
dengan memotong subseksyen (11);
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (11) sebagaimana yang dipotong subseksyen yang berikut:
P.U. (A) 271 3
“(11A) Universiti boleh menubuhkan apa-apa kumpulan wang atau memiliki apa-apa harta untuk diuruskan atau disenggara oleh MPP mengikut tatacara kewangan Universiti.
(11B)
Walau apa pun subseksyen
(11A)
,
MPP boleh, tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, menubuhkan, menguruskan atau menyenggara apa-apa kumpulan wang mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (12) subseksyen yang berikut:
“(12A) Bagi maksud seksyen 15A Akta, Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan cara bagi pembuatan atau penganjuran atau pengambilan bahagian dalam pungutan wang atau penerimaan wang atau sumbangan lain oleh MPP.”.
Dibuat 1 Oktober 2024
[KPT.PUU(S).100-1/21/1(11); PN(PU2)75L/IV]
Dengan Titah Perintah
DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABD KADIR
Menteri Pendidikan Tinggi
P.U. (A) 271 4
UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES ACT 1971
UNIVERSITIES AND UNIVERSITY COLLEGES
(CONSTITUTION OF THE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA) (AMENDMENT)
ORDER 2024