Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA) (PINDAAN) 2012

Seksyen 3

Seksyen 14 Perlembagaan dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, syarat pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat

Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)

Seseorang yang dilantik sebagai Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang hendaklah, melainkan jika dia meletakkan

P.U. (A) 389 3

jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan apabila tempoh itu habis, Pendaftar, Bursar dan

Penasihat Undang-Undang itu adalah layak untuk dilantik semula.

(6)

Seseorang yang dilantik sebagai Ketua

Pustakawan hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang ditetapkan oleh

Lembaga.

(7)

Pelantikan Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan

Penasihat Undang-Undang boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh

Lembaga dengan menyatakan sebab bagi pembatalan itu.”.

Pindaan seksyen 16

Section 3 — PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA) (PINDAAN) 2012