Malaysia legislation
Section 15
of PERINTAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PERLEMBAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (PINDAAN) 2017
Seksyen 15
Seksyen 20 Perlembagaan dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) semua Penolong Naib Canselor, Dekan dan ketua Kolej,
Pusat Pengajian, Fakulti, Pusat, Akademi dan Institut; dan”;
(ii)
dalam perenggan
(A)
dengan memasukkan sebelum perkataan “Penolong Naib
Canselor” perkataan “ketua Kampus Cawangan,”; dan
(B)
dengan memotong perkataan “dan” yang terdapat di hujung perenggan itu;
P.U. (A) 286 14
(c)
sebagaimana yang digantikan dalam subsubsubperenggan (a)(i)—
(iii)
dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(d)
tidak lebih daripada dua puluh orang profesor sepenuh masa yang dipilih bagi tempoh tiga tahun oleh semua profesor dan profesor madya sepenuh masa Universiti;
dan”; dan
(iv)
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(e) tidak lebih daripada lima orang daripada Universiti yang hendaklah dilantik oleh Naib Canselor selama tiga tahun.”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2)
Senat boleh dari semasa ke semasa mengundang mana-mana orang, termasuk mana-mana pelajar, untuk menghadiri mesyuarat Senat.”;
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3A) Pendaftar, Bursar, Ketua Pustakawan dan Penasihat
Undang-Undang hendaklah menjadi ahli ex-officio tetapi tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat Senat.”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4A) Sebagai tambahan kepada fungsi dan kuasa di bawah subseksyen 6(3) dan subseksyen (4), Senat hendaklah melaksanakan fungsi yang berikut dan menjalankan kuasa yang berikut:
(a)
untuk menubuhkan Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti,
Pusat, Akademi dan Institut, dan jabatan, unit atau badan di bawah Kolej, Pusat Pengajian, Fakulti,
P.U. (A) 286 15
Pusat, Akademi dan Institut itu;
(b)
dengan keizinan Lembaga, untuk memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah menyumbang terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan, atau yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang;
(c)
untuk membentuk dasar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, penyelidikan, biasiswa dan latihan yang dijalankan di dalam, oleh atau dari
Universiti;
(d)
untuk memastikan standard pendidikan dalam kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari Universiti;
(e)
untuk menentukan kebolehlaksanaan atau selainnya apa-apa cadangan berkenaan dengan apa-apa kurikulum atau kursus pengajian yang dijalankan atau hendak dijalankan di dalam, oleh atau dari
Universiti;
(f)
untuk menentukan kelayakan yang dikehendaki bagi diterima masuk ke dalam mana-mana kursus pengajian yang diadakan di dalam, oleh atau dari
Universiti;
(g)
untuk mengawal selia penjalanan penilaian dan peperiksaan, mengesahkan keputusan peperiksaan dan menentukan rayuan;
P.U. (A) 286 16
(h)
untuk menggubal dasar bagi melindungi kebebasan akademik dan kecemerlangan profesional; dan
(i)
untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Perlembagaan ini.”;
dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Senat hendaklah mempertimbangkan apa-apa perkara yang dihantar kepadanya oleh Lembaga di bawah subseksyen 19(2).
(7)
Apa-apa pertikaian antara Senat dengan Lembaga mengenai ruang lingkup dan takat fungsi atau kuasa mereka boleh dirujukkan oleh salah satu pihak kepada Menteri mengikut seksyen 28A.”.
Seksyen baharu 20A